Saturday, December 15, 2012

Pengenalan Vanilla Planifolia Andrews

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Sekarang saya nak ceritakan serba sedikit tentang vanila yang keluarga saya usahakan. 

Nama tempatan : Vanila
Nama saintifik : Vanilla Planifolia Andrews
Keluarga : Orkid
Lokasi asal : Mexico
Morfologi :
1. Batang

    Batangnya berisi, panjang dan berwarna hijau.



2. Daun
    Tersusun berselang seli dan berisi. Urat daun adalah jenis selari.



3. Bunga
    Berwarna kuning dan oren, berbau wangi. 
Jambak bunga pada ketiak daun dan terdapat 6-30 bunga pada satu jambak.


4. Buah
    Jenis kapsul dan berbentuk silinder. 
Berwarna hijau sebelum masak dan berwarna kuning selepas masak.

*tanaman kami masih belum mengeluarkan buah*

Walaupun vanila merupakan salah satu tanaman liar, namun proses untuk menanam pokok vanila bukanlah sesuatu yang mudah. Saya akan ceritakan proses penanaman pokok vanila yang kami telah jalankan secara terperinci dalam entry yang lain. 

Assalamualaikum.

Sejarah Vanila


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni saya nak terangkan serba sedikit tentang sejarah vanila.
Vanila merupakan sejenis tumbuhan keluarga orkid yang berasal dari Mexico dan kini banyak ditanam di kawasan tropika. Vanila telah ditemui oleh orang Sepanyol yang diketuai oleh Bernal Diaz del Castillo pada 1952.
Pada masa itu, vanila digunakan oleh kaum Asli Mexico (kaum Totanaca) sebagai penyegar minuman coklat. Selain itu, buah vanila hanya digunakan untuk menambah kesedapan tembakau. Pokok vanila tumbuh segar dan berbunga apabila ditanam di Eropah pada 1721 tetapi tidak berbuah kerana gagal dalam pendebungaan. Biasanya pendebungaannya dibantu oleh lebah Melipone yang tidak sesuai dengan cuaca Eropah.
Pada tahun 1836, Charles Morren dari Belgium berjaya menemui kaedah pendebungaan tanaman ini dengan menggunakan tangan yang kemudiannya kaedah itu dipertingkatkan oleh Edmond Albius pada 1841.
Tanaman vanila bertapak di Indonesia pada 1819 apabila dibawa masuk oleh Merchal dan kemudiannya meluas ke sebahagian Indonesia apabila Yasman berjaya menghasilkan kaedah pendebungaan pada 1850. Vanila mula ditanam di Pulau Jawa kemudian ke BaliAcheh dan Sumatera Barat. Vanila dari Pulau Jawa terkenal kerana kualitinya yang mengandungi vanilin yang tinggi dan dikenali sebagai Java Vanilla Bean.
Terdapat 100 jenis spesis vanila tetapi hanya sedikit sahaja yang dikenal pasti mempunyai nilai komersil iaitu:
(1) Vanilla Planifolia Andrews

(2) Vanilla Pompona Schiede
  
(3)Vanilla Tahitensis J.W Moore

(4) Vanilla Barbellata

Itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi.
Assalamualaikum.