Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni saya nak cerita tentang cara penanaman pokok vanila pula. Pada peringkat awal, kami fikir mudah je nak tanam vanila ni. Tapi sebenarnya ada banyak peringkat sebelum pokok vanila ditanam. Pokok vanila ni spesis orkid. Jadi pokok vanila ni perlu menumpang dipokok lain sebelum dia boleh hidup dengan sendiri. Dalam erti kata lain, sebelum dia besar / matang, dia kena panjat pokok lain dulu.
Dalam kursus yang diberi, kami perlu tanam pokok tumpang dahulu untuk dijadikan tempat vanila bergantung. Gambar di atas adalah pokok tumpang yang kami tanam. Kalau kawasan Batu Kurau ni kami panggil pokok pagar.
Gambar atas ni proses sebelum nak tanam pokok vanila. Itu adalah keratan batang pokok vanila. Tak perlu tanam anak pokok ke, biji benih ke. Tanam keratan batang dia je.
Ini gambar keratan batang vanila yang sudah siap ditanam. Alhamdulillah kebanyakan vanila yang ditanam tumbuh dengan sihat pada peringkat awal penanaman. Macam mana nak tahu vanila sihat ke tak? Haa..tengok gambar dekat bawah ni.
Daun gemuk. Warna daun dan batang hijau gelap.
Ini juga salah satu tanda pokok vanila yang sihat. Akar angin (warna hijau muda) ada banyak yang dah mula turun mencari tanah. Akar ni yang akan beri sumber makanan kepada pokok vanila.
Tapi keadaan vanila yang sihat segar bugar ni tak tahan lama. Hujung tahun 2012, kebanyakan pokok vanila menunjukkan tanda-tanda bermasalah. Antara tanda-tandanya ialah daun kekuningan, batang kering dan hitam, tiada akar angin yang keluar. Masalah ni kemungkinan disebabkan oleh kekeringan. Hujung tahun 2012 hujan kurang dikawasan kebun. Jadi vanila tidak mendapat sumber air yang mencukupi.
Saya cuba cari sumber dari internet untuk atasi masalah ni. Akhirnya saya terjumpa satu blog yang cerita tentang dia pergi melawat ke ladang vanila ni Kampung Teris, Pahang.
2 blog ni yang beri kami idea untuk cuba letakkan sabut di bahagian bawah pokok tumpang. Tujuan sabut diletak adalah untuk serap air dan simpan kelembapan untuk beri sumber air kepada vanila terutama musim kering.
Kepuk yang sudah diisi dengan sabut lembut dan ditutup dengan sabut keras.
Deretan pokok vanila yang sudah siap diisi dengan sabut.
Lepas dah isi sabut ni, alhamdulillah kebanyakan pokok vanila menunjukkan perubahan positif. Banyak yang dah mengeluarkan akar angin. Harap-harap perubahan ni akan terus positif :)
Itu saja setakat ini. Jumpa lagi.
Assalamualaikum.
As salam.. Terima kasih sebab sudi kongsi ilmu.. Mana yer kursus kerajaan atau swasta untuk tanaman vanilla? Saya berminat nak tanam. Tengah kumpul duit ni.. Harap termakbul suatu hari nanti.. Inshaallah. Apa2 pn tahniah sebab dah jadi petani vanilla!
ReplyDeleteLiana Mat isa, adakah anda sudah tanam vanilla, saya ahmad dari ipoh 019 5710742 bolih call, saya sedang memcari benih vanilla
DeleteUtk maklumat hanya tanam pokok gama pokok tumpang, nak cari benih
DeleteSekarang sudah ka tu buahnya?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya berminat dengan pokok vanila ni. Boleh tak beri saya nombor talipon tuan? saya nak beli benih vanila dari tuan.
Skrng mcm mna yer....sya brmnat nk tanam
ReplyDeleteNak tanya berapakah harga biji benih Vanila. Jual biji ke kilo..
ReplyDeleteVanilla tidak bolih di tanam dgn mengunakan biji, ia terlalu kecil.
ReplyDeleteKebiasaan di tanam dgn mengunakan kerat an.
Saya berminat utk menghadiri khusus penanaman vanilla dan berminat utk menjadi ahli koperasi vanilla..bqgaimana caranya? Tq..
ReplyDelete