Monday, April 29, 2013

Penanaman Vanila

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni saya nak cerita tentang cara penanaman pokok vanila pula. Pada peringkat awal, kami fikir mudah je nak tanam vanila ni. Tapi sebenarnya ada banyak peringkat sebelum pokok vanila ditanam. Pokok vanila ni spesis orkid. Jadi pokok vanila ni perlu menumpang dipokok lain sebelum dia boleh hidup dengan sendiri. Dalam erti kata lain, sebelum dia besar / matang, dia kena panjat pokok lain dulu.

 Dalam kursus yang diberi, kami perlu tanam pokok tumpang dahulu untuk dijadikan tempat vanila bergantung. Gambar di atas adalah pokok tumpang yang kami tanam. Kalau kawasan Batu Kurau ni kami panggil pokok pagar.

Gambar atas ni proses sebelum nak tanam pokok vanila. Itu adalah keratan batang pokok vanila. Tak perlu tanam anak pokok ke, biji benih ke. Tanam keratan batang dia je.

 Ini gambar keratan batang vanila yang sudah siap ditanam. Alhamdulillah kebanyakan vanila yang ditanam tumbuh dengan sihat pada peringkat awal penanaman. Macam mana nak tahu vanila sihat ke tak? Haa..tengok gambar dekat bawah ni.

Daun gemuk. Warna daun dan batang hijau gelap.

Ini juga salah satu tanda pokok vanila yang sihat. Akar angin (warna hijau muda) ada banyak yang dah mula turun mencari tanah. Akar ni yang akan beri sumber makanan kepada pokok vanila.

Tapi keadaan vanila yang sihat segar bugar ni tak tahan lama. Hujung tahun 2012, kebanyakan pokok vanila menunjukkan tanda-tanda bermasalah. Antara tanda-tandanya ialah daun kekuningan, batang kering dan hitam, tiada akar angin yang keluar. Masalah ni kemungkinan disebabkan oleh kekeringan. Hujung tahun 2012 hujan kurang dikawasan kebun. Jadi vanila tidak mendapat sumber air yang mencukupi. 

Saya cuba cari sumber dari internet untuk atasi masalah ni. Akhirnya saya terjumpa satu blog yang cerita tentang dia pergi melawat ke ladang vanila ni Kampung Teris, Pahang. 
2 blog ni yang beri kami idea untuk cuba letakkan sabut di bahagian bawah pokok tumpang. Tujuan sabut diletak adalah untuk serap air dan simpan kelembapan untuk beri sumber air kepada vanila terutama musim kering. 

 Kepuk yang sudah diisi dengan sabut lembut dan ditutup dengan sabut keras.

 Deretan pokok vanila yang sudah siap diisi dengan sabut.

 Lepas dah isi sabut ni, alhamdulillah kebanyakan pokok vanila menunjukkan perubahan positif. Banyak yang dah mengeluarkan akar angin. Harap-harap perubahan ni akan terus positif :)

Itu saja setakat ini. Jumpa lagi.
Assalamualaikum.

Lokasi Projek Vanila Mannaz

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca semua. Saya minta maaf sangat sebab dah lama tinggalkan Vanila Mannaz ni. Sebelum ni saya hanya cari maklumat di internet dan kongsikan di blog ni supaya pembaca tak la terkejut tergempar apa benda vanila ni.hehe..

Dalam entri ni, saya dah cerita serba sedikit lokasi tanaman vanila kami. Kawasan ni merupakan tanah kebun milik arwah Tok Yah saya (ayah kepada mama saya). Lepas arwah meninggal, tanah ni diturunkan kepada anak-anak. Mama salah seorang yang dapat la. Dalam kebun ni ada macam-macam la tanaman. Pisang, durian, manggis, limau nipis, dan macam-macam la. Nama pun kebun kan. Mestilah penuh dengan hasil-hasil kebun.hehehe. 

Ni gambar pemandangan ke arah jalan. Tu kereta Abah parking tepi jalan sebab kereta tak boleh la nak masuk sampai tepi kebun.hehe. Lokasi kebun adalah di Kampung Masjid Jelai, Perak. Dari pekan Jelai lebih kurang 5 minit je. 

Ni pulak gambar pandangan dari jalan, ke arah kebun. Tu pintu masuk. Ada satu je pintu masuk. Keliling kebun semua pagar. Bahagian depan letak pagar besi. Manakal bahagian sisi dan belakang Abah pasang pagar jaring. Pagar ni pasang untuk mengelakkan binatang la terutama khinzir. Kalau dia masuk, habislaaaa semua pokok dirodoknya.

 Pondok simple mimple ni la tempat kami berehat-rehat. Abah yang buat sendiri dibantu oleh Mama dan kami adik beradik. Pondok ni Abah bina elok-elok bagi selesa. Senang nak makan, rehat, baring-baring. Nak tidur atas pondok ni pun boleh :)

Belakang pondok sampailah ke hujung kebun tu la tanaman vanila kami. Ikut kiraan semua sekali ada seribu pokok. Tapi saya yakin dan pasti mesti ada pokok vanila yang dah mati atau tak sihat sebab tak semua kawasan vanila tumbuh elok. Ada kawasan yang air bertakung vanila akan bermasalah. 

Itulah cerita lokasi kami. Jumpa di entri seterusnya.
Assalamualaikum.